Wednesday, December 8, 2010

Stress

Sejak kebelakangan ni asyik stress je,nak bercuti je rasa...tapi malas pulak bila mengenangkan sekarang ni musim cuti sekolah,mesti ramai orang.....bulan januari nanti la baru plan nak bercuti ke mana....

Seronok tengok perkembangan anak-anak....ameera dah besar dah,sekejap je dah 3 tahun,rasa macam baru je bersalinkan dier,kadang-kadang Ameera berlagak macam seorang kakak yang bertanggungjawab,kadang-kadang lebih manja dia dari adiknya....adik asyik mengalah je.....

Adik diserang batuk lagi,tapi wheezing dah kurang sejak bagi dier makan jus kismis....harap-harap makin baik la....

Sejak dok rumah baru ni,aku masih belum masak untuk family,setakat masak untuk aneesa dan meera makan je la,maksud aku,aku cuma masak benda-benda macam bubur ,sup,pindang dan nasi je....rumah masih belum betul-betul kemas lagi,tak tau la bila boleh curi masa untuk kemas barang dengan anak-anak dok sibuk je nak 'tolong'.....

Harap-harap weekend ni dapat bawak anak-anak beriadah di tasik .....hmmm...tasik mana yer...tu tak confirm lagi..........nak lari dari rutin harian yang membosankan...............

No comments: